Saturday 31 December 2011

✿Pertunangan: Nur Izati & Abu Hanifah ✿

Tahniah diucapkan buat sepupu tersayang Nur Izati Ahmad Kamal & tunangan pilihan kalbu Abu Hanifah. Semoga majlis pertunangan ini dirahmati Allah & akan disatukan dengan sebuah ikatan pernikahan yang suci. I'Allah....aminn...dan menjadi perangsang untuk sepupu2 yg lain menjejak langkah yg sama...hihihi....

Tempat: Taman Desa Baru, Melaka
Tarikh: 8 Oktober 2011

~selesai bermekap~

~tenang menanti~


~bakal ibu mertua~


~sesudah disarungkan tanda~


~wajah ceria~


~sepupu2 yang sabar menunggu giliran masing2 =)~

Saturday 19 November 2011

✿Arbaina & Nor Azlan✿

Sekalung tahniah diucapkan buat kedua-dua mempelai dari kami di Mamamia Lensa. Semoga ikatan  kebahagiaan ini berkekalan hingga ke akhir hayat. Terima kasih diucapkan kerana mempercayai kami di Mamamia Lensa untuk merakamkan detik2 bermakna dalam hidup anda berdua. Terimalah serangkap pantun khas buat pasangan dua sejoli ini =)

Hati terpaut di panah arjuna,
Panahan arjuna bukan sembarang,
Dulu seorang kini berdua,
Hidup bersama susah dan senang.
 
Tempat: Tehel, Melaka
Tarikh: 8 Oktober 2011




Kepuasan anda matlamat kami =)

Thursday 25 August 2011

✿Imran & Khadijah ✿

Tahniah diucapkan dari kami di Mamamia Lensa buat pasangan pengantin yang sangat sporting ini di atas ikatan suci yang termeterai. Semoga berbahagia selamanya. Terima kasih kerana mempercayai kami di Mamamia Lensa utuk merakamkan momen2 indah anda berdua.

Tempat: Taman Kosas, Ampang
Tarikh: 10 Julai 2011






Wednesday 17 August 2011

✿Fuad & Dila ✿





Buat kedua-dua mempelai yang sangat secocok ini, tahniah diucapkan dari Mamamia Lensa. Semoga ikatan suci ini diberkati dan direedhai oleh Nya selalu. Terima kasih kerana mempercayai kami di Mamamia Lensa. Kepuasan anda Matlamat kami =)

Tarikh: 11 Jun 2011
Tempat: Banting, Selangor

✿Tg Faizura & Alias✿


Kami di Mamamia Lensa mengucapkan sekalung tahniah buat kedua2 mempelai yang sangat comel ini. Semoga sejahtera dan berbahagia dalam melayari bahtera rumahtangga bersama.

Lokasi: Gong Badak, Terengganu
Tarikh: 9 Jun 2011







Semoga bahagia hingga ke syurga..aminnn =)

Thursday 21 July 2011

✿Pertunangan: Tg Faizura & Alias✿

Majlis Pertunangan yang serba indah ini hanya dihadiri oleh keluarga yang terdekat sahaja dan demi menghormati permintaan kedua-dua belah keluarga, gambar ini hanya boleh di "publish" selepas kedua2 mempelai selamat diijabkabulkan...Alhamdulillah...selepas mempelai selamat diijabkabulkan...maka tersiarlah gambar ini =)

Lokasi: Gong Badak, Terengganu
Tarikh: 18 Mac 2011

Menyambut kedatangan rombongan Lelaki
Rombongan pihak Lelaki
Sesi penyarungan cincin